Doa Awal Tahun & Doa Akhir Tahun
Imam al-Hakim meriwayatkan dalam “al-Mustadrak ‘ala ash-Shohihain” dengan sanad daripada Sayyidina Abu Hurairah RA bahawa Junjungan Nabi SAW bersabda:-
ادعوا الله وأنتم موقنون بالإجابة ،
واعلموا أن الله لا يقبل دعاء من قلب غافل لاه
Marilah kita memanjatkan doa akhir dan doa awal tahun yang diajar oleh para ulama kita. Menurut keterangan tuan-tuan guru kita, Doa Akhir Tahun dibaca sebelum terbenam matahari (sebelum waktu Maghrib), manakala Doa Awal Tahun dibaca setelah Maghrib. Mudah-mudahan dimakbulkan Allah. Insya-Allah, jika dikabulkan Allah, menangislah Iblis dan Syaithan atas kegagalan mereka menjerumuskan kita ke neraka. Qabuul Qabuul Ya Rabb.Berdoalah kalian kepada Allah dengan keyakinan yang ianya akan diijabahkan Allah, dan ketahuilah bahawasanya Allah tidak menerima doa daripada hati yang lalai dan leka (yakni tiada kesungguhan).”
*******************************
Doa Akhir Tahun
(3 x sebelum Maghrib)
**********************************
Doa Awal Tahun
(3 x setelah Maghrib)
From www.bahrussofa.blogpot.com
***************************************
Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.
Doa Awal Tahun:Maksudnya: Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia. Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka. |
Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
“Hampalah kami di sepanjang tahun ini”.
Doa Akhir Tahun:
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
sumber : Salafytobat
Sufizone & Hikamzone By Pondok Pesantren Subulus Salam : www.ppsubulussalam.co.cc
Posting Komentar