Tafakur

Kenapa tak henti-hentinya dirimu melupakan Alloh?, Padahal sedetikpun Dia tak pernah melupakanmu, Kenapa tak henti-hentinya kau puja cinta yang tak sebenarnya?, Sedangkan Sang Maha Cinta tak pernah melepaskan Cinta-Nya darimu.

Menu

Berlangganan

Dapatkan Artikel Terbaru Sufizone

Masukkan Alamat Email Kamu:

Delivered by FeedBurner

Visitor

MAHA TINGGI TUHAN KAMI DARI AMAL HAMBA YANG DISEGERAKAN TETAPI BALASANNYA DITUNDA.

CUKUPLAH BALASAN ALLAH S.W.T KEPADA KAMU DENGAN KETAATAN KAMU KEPADA-NYA, JIKA DIA REDA KAMU MENJADI AHLI TAAT.

CUKUPLAH BAGI ORANG-ORANG YANG BERAMAL DIBALAS DENGAN TERBUKANYA HATI MEREKA UNTUK MENTAATI ALLAH S.W.T. DAN, CUKUPLAH BAGI MEREKA DENGAN BALASAN DI MANA HATI MEREKA MENJADI JINAK DENGAN ALLAH S.W.T.

Allah s.w.t Maha Tinggi hingga tidak dapat disentuh oleh sesiapa pun, dan tidak dapat dilihat oleh pandangan yang bagaimana pun. Allah s.w.t Maha Kaya hingga Dia cukup dengan diri-Nya sendiri, tidak memerlukan apa-apa pun dari makhluk-Nya. Allah s.w.t Berdiri Dengan Sendiri hingga tidak ada satu pun yang dapat mengikat-Nya, mengawal-Nya atau mempengaruhi-Nya. Dia berbuat apa yang Dia kehendaki hingga tidak ada sesiapa yang boleh bertanyakan apa-apa tentang perbuatan-Nya.

Allah s.w.t menangguhkan balasan kepada amal hamba-Nya yang dilakukan dengan segera (tunai) dan tidak ada hamba yang berhak membangkang tindakan-Nya itu. Walaupun balasan ditangguhkan namun, tidak ada hamba yang melakukan amal ketaatan kepada-Nya akan mengalami kerugian. Semakin banyak waktu dihabiskan untuk beramal, orang yang berkenaan semakin berasa beruntung, tidak kerugian. Inilah hikmat kebijaksanaan Allah s.w.t dalam menangguhkan balasan kepada hamba-Nya.

Beramal kerana Allah s.w.t tidak serupa dengan beramal kerana urusan duniawi. Amalan yang ditujukan kepada muslihat dunia memerlukan kepada upah yang bersegera. Jika boleh upah diberikan terlebih dahulu sebelum amalan dibuat. Jika tidak ada upah tidak ada amal. Jika amal sudah dibuat tetapi upah belum didapati maka si beramal itu akan memberontak. Begitulah sifat yang timbul dari amalan yang ditujukan kepada muslihat dunia. Jika tujuan beramal berubah dari dunia kepada akhirat, maka sifat yang ada menyertai si beramal juga berubah. Amal yang ditujukan kerana muslihat akhirat pada mulanya dilakukan dengan ada rasa keberatan, tetapi kemudian bertukar kepada rasa ringan dan mudah. Ini disebabkan kerana amalan yang dilakukan bersungguh-sungguh walaupun secara paksaan, akhirnya akan melahirkan sifat taat. Sesuatu amalan dilakukan dalam waktu yang singkat sahaja, tetapi sifat taat yang telah lahir itu hidup berpanjangan.

Orang yang sifat taat telah hidup dalam hatinya akan sentiasa bersedia untuk berbuat taat kepada Allah s.w.t. Apabila dia selesai melakukan sesuatu perintah Allah s.w.t dia akan melakukan perintah yang lain pula. Dia berjangkit dari satu perintah Allah s.w.t kepada perintah Allah s.w.t yang lain, terus menerus, tanpa berasa berat dan letih. Jadi, amal melahirkan taat dan taat itu pula menambahkan amal. Orang yang dikurniakan Allah s.w.t dengan taat berasa cukup puas dengan kurniaan tersebut. Ketenangan hati dalam melakukan ketaatan kepada Allah s.w.t menjadi balasan yang sangat besar baginya. Hatilah yang merasai nikmat atau celaka. Suasana beramal merupakan suasana yang paling baik bagi hati yang mencari Allah s.w.t. Amal yang melahirkan ketaatan membawa hati menuju kepada keredaan-Nya. Apabila Allah s.w.t membuka jalan menuju kepada-Nya maka terasalah dalam hati si hamba itu rasa jinak dengan Allah s.w.t. Dia akan mendapati jalan yang dilaluinya menjadi terang dan mudah. Keinginannya untuk menemui Allah s.w.t semakin bertambah. Ini menjadi nikmat yang besar dari Allah s.w.t. Hamba yang dijinakkan hatinya tidak suka lagi membuang masa pada perkara yang sia-sia. Kebanyakan dari masanya dihabiskan untuk berbuat amal ibadat kepada Allah s.w.t. Dia tidak berasa berat walaupun melakukan amal ibadat yang banyak. Hatinya tidak lagi ghairah kepada dunia, maka syaitan sukar mengenakan tipu daya kepadanya. Apabila dia dapat melepasi benteng dunia dapatlah dia masuk ke alam ghaib yang membawa makrifat dengan Allah s.w.t. Orang yang mencari makrifatullah akan beramal tanpa menuntut balasan. Dia tidak berasa terkilan dengan balasan yang ditangguhkan bagi amalannya. Dia berasa senang apabila Allah s.w.t menegakkan kakinya di atas jalan taat kerana itu tandanya dia akan berjaya dalam perjalanannya. Bila hatinya jinak dengan Allah s.w.t dia berasa semakin hampir kepada-Nya dan bertambah pula amal ibadatnya. Dia akan melakukan amal ibadat itu dengan kelazatan tanpa memandang kepada balasan baik untuk dunia mahu pun akhirat.

Sufizone & Hikamzone By Pondok Pesantren Subulus Salam : www.ppsubulussalam.co.cc

Related Post



0 komentar

Posting Komentar

Share this post!
Facebook Delicious Digg! Twitter Linkedin StumbleUpon

Share

Share |

Artikel terbaru

Do'a

اللهم إني أسألك إيمانا يباشر قلبي ويقيناً صادقاً حتى أعلم أنه لن يصيبني إلا ما كتبته علي والرضا بما قسمته لي يا ذا الجلال والإكرام

Translation

Artikel Sufizone

Shout Box

Review www.sufi-zone.blogspot.com on alexa.com How To Increase Page Rankblog-indonesia.com blogarama - the blog directory Active Search Results Page Rank Checker My Ping in TotalPing.com Sonic Run: Internet Search Engine
Free Search Engine Submission Powered by feedmap.net LiveRank.org Submit URL Free to Search Engines blog search directory Dr.5z5 Open Feed Directory Get this blog as a slideshow!